Posts

Kenapa tak boleh guna perkataan " bayaran takaful" sebaliknya dipanggil "sumbangan takaful"?

Takaful bahasa mudahnya adalah tabung sedekah yang diisi oleh ahli yg berkongsi risiko yg sama setiap bulan dan syarikat takaful hanyalah pengurus tabung sedekah ni. Istilah yg lebih tepat untuk syarikat takaful adalah " pengendali takaful". Jika ada 10 ahli tabung sedekah dan salah seorang ahli ditimpa musibah, pengendali takaful mewakili anda dan ahli lain akan sahkan betul ke orang tu layak untuk terima bantuan. Bukannya apa, sehingga hari ini masih terdapat banyak kes penipuan insurans. Jika layak, pengendali Takaful akan uruskan selebihnya.  Setiap sumbangan anda adalah sedekah dan Bayangkan berapa banyak balu dan anak yatim anda bantu setiap bulan. Bayangkan pahala yang anda buat sehingga tua.  Kalau tak ada ahli yg meninggal, pengendali takaful tak untung pun sebab duit tu bukan duit pengendali takaful. Ianya duit tabung ahli. Lain akaun. 

Kalau saya tidak hilang upaya atau meninggal, rugilah saya ambil takaful hayat ni?

Saya nak tanya balik, adakah anda bayar Insurans kereta dan harapkan kereta anda accident setiap tahun supaya anda rasa untung ambil insurans? Semestinya tidak kan? Tapi kalau ada, ianya membantu kan?  Kadang kala hidup ni bukan tentang berapa duit kita dapat. Ketenangan tanpa masalah tu lebih besar nilainya. Kalau ada masalah pun, ada yg membantu. Itu kan lebih baik? Satu lagi fakta majoriti rakyat Malaysia ada insurans/ takaful kenderaan tapi tiada insurans/ takaful nyawa. 

Boleh beli rumah dari RM69 sebulan?

Ya. Kalau anda register takaful hari ni dan lepas policy aktif esok; anda atau pemilik sijil ditakdirkan meninggal accident atau covid. Paling minimum plan FWD Future First adalah RM 69 sebulan. Memang bukan ini yg kita mahukan tapi ini hakikat yg kita tak boleh lari. Mati itu pasti dan tak siapa tahu esok apa akan jadi. Juga nak bagitau betapa cepatnya perlindungan terhadap anda. Kalau meninggal sebab accident atau Covid, perlindungan serta merta. Kalau sebab semulajadi, ada tempoh 3 bulan. Zaman sekarang usia muda bukan jaminan tak kena penyakit. https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/11/09/suami-meninggal-dua-bulan-nikah https://www.sinarharian.com.my/article/123861/BERITA/Semasa/Anggota-polis-maut-kemalangan-baru-kahwin-sebulan

Kaitan Hartanah dan Takaful

Kalau nak beli rumah, anda akan diminta oleh bank untuk ambil insurans yg dipanggil MRTA(Mortgage Reducing Term Assurance) ataupun MRTT( versi Takaful untuk MRTA). Jika anda meninggal dalam tempoh perlindungan, insurans akan settlekan baki pinjaman anda pada bank. Kos insurans ni bergantung kepada jumlah loan, umur, jantina, risiko kesihatan dan pekerjaan. Insurance ni perlu dibayar sekali gus masa apply loan dan kalau tak ada duit, bayaran insuran ni akan dimasukkan dalam loan. Cuma bayaran bulanan nanti akan jadi tinggi.  Untuk rumah RM200k, pembeli berumur 30 tahun, kerja pejabat, sihat dan tidak merokok. Kos MRTA adalah RM13,947.77. Jika kos ini dimasukkan ke dalam loan, maka pembeli sebenarnya akan membayar RM61.76 sebulan termasuk interest selama 35 tahun untuk MRTA. Jika berlaku kematian, waris akan dapat rumah sahaja. Rumah tu juga akan difaraidkan. Tiada wang lebihan untuk urusan faraid dan perbelanjaan harian buat waris. Tak ramai yang tahu si pembeli ini juga boleh ambil...

Company saya dah ada ambil takaful kelompok untuk pekerja. Tak perlu lah saya ambil lain

Saya sendiri pernah bekerja di beberapa multinational company dan pernah menjawat jawatan jurutera, pengurus pemasaran dan pengurus operasi sebelum menceburi bidang hartanah dan takaful. Pada pemerhatian saya kebanyakan pekerja bermasalah kesihatan takkan kekal lama di company tersebut. Sama ada pekerja sendiri berhenti secara sukarela atau company akan nasihat pekerja berhenti dengan pampasan gaji selama beberapa bulan. Contoh jika anda kena serangan jantung tapi masih hidup. Dengan tekanan di tempat kerja, adakah anda masih nak bergadai nyawa di tempat kerja? Company juga takut anda terkena serangan jantung sekali lagi dan meninggal ditempat kerja. Selain dari memberi reputasi yg tak elok kepada company, nak buat detail report dan layan audit badan berkaitan tentang kematian anda ditempat kerja bukannya mudah. Maka akhirnya anda berhenti kerja dan tiada perlindungan takaful. Sedangkan di FWD Future First, anda dah tak perlu bayar bulanan selepas terkena heart attack tapi perlindun...

Boleh dapat rumah dari RM69 sebulan?

Pengenalan Salam. Saya Nazree perunding hartanah dari IW PROPERTIES. Saya jual rumah baru developer,rumah lama( subsales), tanah, urusan loan dan juga takaful berkaitan hartanah. Biasanya kita beli rumah ni untuk keluarga. Kalau nak duduk seorang, baik sewa bilik kan? Malangnya hampir 80% yang datang kepada saya untuk membeli rumah, tidak dapat membeli rumah sebab loan tak boleh lulus atau tak lepas untuk beli rumah yg diinginkan. Ada juga yg boleh lulus loan tapi lambat lagi nak beli rumah. Normal sebenarnya. Cuma takkan selamanya tak ada rumah sendiri kan? Bagaimana pula nasib anak anak nanti jika tiba-tiba berlaku musibah? Maka saya cari alternatif lain bagi membolehkan keluarga dapat *JAMINAN SEGERA DARI HARI PERTAMA* untuk memiliki rumah. Setakat ini, ini sahaja jalan yang saya nampak dari bertahun pengalaman dalam bidang hartanah dan ingin saya kongsikan disini. *Kaitan Hartanah, insurans dan takaful* Kalau nak beli rumah, anda akan diminta oleh bank untuk ambil insurans yg ...