Boleh dapat rumah dari RM69 sebulan?

Pengenalan

Salam. Saya Nazree perunding hartanah dari IW PROPERTIES. Saya jual rumah baru developer,rumah lama( subsales), tanah, urusan loan dan juga takaful berkaitan hartanah.

Biasanya kita beli rumah ni untuk keluarga. Kalau nak duduk seorang, baik sewa bilik kan? Malangnya hampir 80% yang datang kepada saya untuk membeli rumah, tidak dapat membeli rumah sebab loan tak boleh lulus atau tak lepas untuk beli rumah yg diinginkan. Ada juga yg boleh lulus loan tapi lambat lagi nak beli rumah. Normal sebenarnya. Cuma takkan selamanya tak ada rumah sendiri kan? Bagaimana pula nasib anak anak nanti jika tiba-tiba berlaku musibah? Maka saya cari alternatif lain bagi membolehkan keluarga dapat *JAMINAN SEGERA DARI HARI PERTAMA* untuk memiliki rumah. Setakat ini, ini sahaja jalan yang saya nampak dari bertahun pengalaman dalam bidang hartanah dan ingin saya kongsikan disini.

*Kaitan Hartanah, insurans dan takaful*
Kalau nak beli rumah, anda akan diminta oleh bank untuk ambil insurans yg dipanggil MRTA(Mortgage Reducing Term Assurance) ataupun MRTT( versi Takaful untuk MRTA). Jika anda meninggal dalam tempoh perlindungan, insurans akan settlekan baki pinjaman anda pada bank. Kos insurans ni bergantung kepada jumlah loan, umur, jantina, risiko kesihatan dan pekerjaan. Insurance ni perlu dibayar sekali gus masa apply loan dan kalau tak ada duit, bayaran insuran ni akan dimasukkan dalam loan. Cuma bayaran bulanan nanti akan jadi tinggi. 

Untuk rumah RM200k, pembeli berumur 30 tahun, kerja pejabat, sihat dan tidak merokok. Kos MRTA adalah RM13,947.77. Jika kos ini dimasukkan ke dalam loan, maka pembeli sebenarnya akan membayar RM61.76 sebulan termasuk interest selama 35 tahun untuk MRTA. Jika berlaku kematian, waris akan dapat rumah sahaja. Rumah tu juga akan difaraidkan. Tiada wang lebihan untuk urusan faraid dan perbelanjaan harian buat waris.

Tak ramai yang tahu si pembeli ini juga boleh ambil FWD Takaful Pelan Future First dengan RM96 sebulan untuk di cagarkan ke pihak bank sebagai MLTT( Mortgage Level Term Takaful).

FWD adalah multinational life insurance company dan di Malaysia kami dimiliki KWSP 20%. FWD juga adalah takaful provider untuk kakitangan kerajaan dibawah plan myCuepacsCare.

Ok. Apa yg si pembeli ni dapat kalau ambil MLTT dengan FWD?

✅ Kalau kena 36 penyakit kritikal dah tak perlu bayar bulanan
✅ Kalau kena 36 penyakit kritikal dapat *RM50,000*
✅Pampasan kematian, hilang upaya kekal, penyakit terminal(penyakit yg tiada ubatnya):  dapat *RM200,000*. Duit ni akan digunakan untuk settle keseluruhan hutang rumah dan selebihnya boleh digunakan untuk perbelanjaan harian.
✅Perlindungan 2 tahun sebanyak *RM100,000* keatas pasangan bawah umur 60 tahun selepas penama meninggal
✅Kami akan atur dan membayar Badal haji/RM2000 untuk bukan Islam
✅Kaunseling kesedihan sebanyak 10 sesi dari panel kaunselor
✅Khidmat guaman sebanyak 3 sesi dari panel lawyer.

Semua kelebihan ini dengan beza RM35 sahaja dari MRTT. FWD Takaful plan future first boleh diambil awal walaupun lambat lagi nak beli rumah.

✅Jika berlaku musibah tiba tiba, keluarga boleh terus beli rumah secara tunai. Tak perlu risau kena halau sewa dsb.
✅Lepas habis bayar rumah pertama, boleh guna policy yg sama untuk rumah ke dua. Kalau ambil MRTT dengan bank untuk rumah pertama, rumah kedua kena ambil MRTT baru. Masa tu dah tua dan kos MRTT pun dah amat tinggi sehingga RM200k.

Gambar contoh seperti di link
https://m.facebook.com/groups/506840099857069/permalink/1024852068055867/

*Boleh beli rumah dari RM69?*
Ya. Kalau anda register takaful hari ni dan lepas policy aktif esok; anda atau pemilik sijil ditakdirkan meninggal accident atau covid. Paling minimum plan FWD Future First adalah RM 69 sebulan.

Memang bukan ini yg kita mahukan tapi ini hakikat yg kita tak boleh lari. Mati itu pasti dan tak siapa tahu esok apa akan jadi. Juga nak bagitau betapa cepatnya perlindungan terhadap anda. Kalau meninggal sebab accident atau Covid, perlindungan serta merta. Kalau sebab semulajadi, ada tempoh 3 bulan.
Zaman sekarang usia muda bukan jaminan tak kena penyakit.

https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/11/09/suami-meninggal-dua-bulan-nikah

https://www.sinarharian.com.my/article/123861/BERITA/Semasa/Anggota-polis-maut-kemalangan-baru-kahwin-sebulan

*Kalau saya tidak hilang upaya atau meninggal, rugilah saya ambil takaful hayat ni?*
Saya nak tanya balik, adakah anda bayar Insurans kereta dan harapkan kereta anda accident setiap tahun supaya anda rasa untung ambil insurans? Semestinya tidak kan? Tapi kalau ada, ianya membantu kan?  Kadang kala hidup ni bukan tentang berapa duit kita dapat. Ketenangan tanpa masalah tu lebih besar nilainya. Kalau ada masalah pun, ada yg membantu. Itu kan lebih baik?

Satu lagi fakta majoriti rakyat Malaysia ada insurans/ takaful kenderaan tapi tiada insurans/takaful nyawa.

*Kenapa tak boleh guna perkataan " bayaran takaful" sebaliknya dipanggil "sumbangan takaful"?*
Takaful bahasa mudahnya adalah tabung sedekah yang diisi oleh ahli yg berkongsi risiko yg sama setiap bulan dan syarikat takaful hanyalah pengurus tabung sedekah ni. Istilah yg lebih tepat untuk syarikat takaful adalah " pengendali takaful". Jika ada 10 ahli tabung sedekah dan salah seorang ahli ditimpa musibah,  pengendali takaful mewakili anda dan ahli lain akan sahkan betul ke orang tu layak untuk terima bantuan. Bukannya apa, sehingga hari ini masih terdapat banyak kes penipuan insurans. Jika layak, pengendali Takaful akan uruskan selebihnya.

Setiap sumbangan anda adalah sedekah dan Bayangkan berapa banyak balu dan anak yatim anda bantu setiap bulan. Bayangkan pahala yang anda buat sehingga tua.

Kalau tak ada ahli yg meninggal, pengendali takaful tak untung pun sebab duit tu bukan duit pengendali takaful. Ianya duit tabung ahli. Lain akaun. Berbeza dengan insurans. Kalau tak ada orang claim, company insurans untung.

*Kalau dana ni bukan milik syarikat takaful, habis tu dari mana syarikat takaful dapat duit?*
Pertamanya adalah dari charge wakalah ataupun bahasa mudahnya charge wakil. Sama macam menderma ke NGO yg tumbuh bak cendawan sekarang, Bank Negara benarkan sebahagian derma diambil oleh NGO sebagai caj wakil atau pengurusan. Ini termasuklah derma Palestin, UNICEF,  dan yg jenis selalu sponsor iklan di FB, TV dsb.

Cuma bezanya dengan derma lain, derma Takaful ni hanya kepada sesama ahli dan  keluarga anda sendiri yg akan menerimanya jika ditimpa kesusahan. Sumbangan pula dengan jumlah yg besar dan cepat dari pengendali takaful sedangkan derma yg lain tidak.

Kita pun ada pakar kewangan yg akan melaburkan dana tadi dan keuntungannya akan dibahagikan antara pengendali takaful dan ahli setiap tahun.

*Kalau perlindungan sampai 80 tahun, wajib sumbang sehingga 80 tahun ke?*
Tidak. Bila dah kena penyakit kronik, anda dah tak perlu sumbang setiap bulan lagi dah. Contohnya umur 30 daftar takaful, di umur 38 terkena stroke. Anda dah tak perlu buat sumbangan lepas tu tapi tetap dapat pampasan walaupun meninggal diumur 79!! Sedangkan sumbangan anda sebenarnya selama 8 tahun je. Ramai yang tak tahu ni.

Takaful juga ada option untuk mereka yg nak bayar sekali gus ataupun untuk satu tempoh pendek yg dipersetujui. Cara ni lagi jimat jika dibandingkan dengan sumbangan bulanan.

*Boleh ke orang lain yg sumbangkan takaful untuk kita setiap bulan?*
Boleh. Ada juga yg lepas pencen, anak yang bayarkan untuk ibubapa sebab duit pampasan tu, anak juga yang akan dapat. Kalau cakap kat anak "abah nak hadiahkan RM150k kalau abah meninggal cuma abah minta kau tolong bayarkan 69 sebulan boleh?" Anak pun mungkin fikir "bulanan lebih kurang bayaran Astro je tapi yg ni dapat duit". Mesti anak setuju.

*Betul ke pampasan takaful tak boleh dituntut waris lain?*
Ya. Waris lain tak boleh tuntut. Simpanan dan harta yg lain perlu di faraid kan termasuklah KWSP, Tabung Haji, ASB dsb. Hukum faraid itu terbaik cuma ramai yg nak duit sahaja dan bukan tanggungjawab. Kalau yg ditinggalkan adalah hutang, agaknya berebut tak orang nak tanggung hutang tu? Biasanya  isteri lah yg tanggung hutang tu dan membesarkan anak kan?

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1324-al-kafi-427-adakah-pampasan-insurans-atau-takaful-termasuk-dalam-harta-pusaka

*Berapa kos faraid jika waris lain tak setuju nak bagi rumah ke pasangan?*
Kalau anda ambil MRTA,  Tiada wang yg boleh ditinggalkan untuk waris dengan MRTA. Rumah yg dapat dari hasil MRTA tu pun perlu difaraidkan pula. Urusan faraid tu pun perlukan wang.  Berikut adalah fi Amanah Raya.
✅Bagi RM25,000.00 pertama - 5%
✅Bagi baki seterusnya sehingga RM225,000.00 - 4%
✅Bagi baki seterusnya sehingga RM250,000.00 - 3%
✅Bagi baki seterusnya sehingga RM500,000.00 - 2%
Bagi baki seterusnya - 1%

Rujukan:
https://www.ascolaw.co/pemikiran-terbaru/kos-pembahagian-harta-pusaka

Selepas itu rumah perlu dijual untuk diberikan ke waris dalam bentuk RM. Takkan nak pecah rumah dan bagi dapur sahaja kat waris yg tak setuju tu kan? Kalau dari awal ambil MRTA, mana nak cari duit bayar Amanah Raya?

*Betul ke takaful ni jalan singkat untuk kumpul harta buat waris?*
Ya. Kalau nak simpan sendiri di bank sehingga RM150,000, maka anda perlu menyimpan RM69/bulan selama 181 tahun!!!

*Tak cukup lah pampasan RM150k tu. Boleh tambah ke?*
Tak ada masalah. Boleh tambah perlindungan hingga berjuta. Nak adjust tahun perlindungan pun boleh.

*Company saya dah ada ambil takaful kelompok untuk pekerja. Tak perlu lah saya ambil lain*.
Saya sendiri pernah bekerja di beberapa multinational company dan pernah menjawat jawatan jurutera, pengurus pemasaran dan pengurus operasi sebelum menceburi bidang hartanah dan takaful. Pada pemerhatian saya kebanyakan pekerja bermasalah kesihatan takkan kekal lama di company tersebut. Sama ada pekerja sendiri berhenti secara sukarela atau company akan nasihat pekerja berhenti dengan pampasan gaji selama beberapa bulan.
Contoh jika anda kena serangan jantung tapi masih hidup. Dengan tekanan di tempat kerja, adakah anda masih nak bergadai nyawa di tempat kerja? Company juga takut anda terkena serangan jantung sekali lagi dan meninggal ditempat kerja. Selain dari memberi reputasi yg tak elok kepada company, nak buat detail report dan layan audit badan berkaitan tentang kematian anda ditempat kerja bukannya mudah. Maka akhirnya anda berhenti kerja dan tiada perlindungan takaful.
Sedangkan di FWD Future First, anda dah tak perlu bayar bulanan selepas terkena heart attack tapi perlindungan masih berjalan. Dan anda juga dapat duit pampasan minima RM50k untuk teruskan kehidupan, berniaga atau guna duit tu untuk rawatan di hospital swasta.

*Kesimpulan*
Dalam zaman COVID ni, baik ambil takaful terlebih dahulu walaupun lambat lagi nak beli rumah. Pendek kata banyak manfaat kalau ambil takaful semasa muda dan sihat *WALAUPUN BELUM BELI RUMAH*. Kita boleh nampak penggunaan Pelan FWD Future First adalah meluas dan tidak tertakluk pada perumahan sahaja. Amat berbeza dengan MRTA. Dengan beza dari RM30+ sebulan, keluarga anda dah ada jaminan untuk memiliki rumah disaat policy aktif dan meneruskan kehidupan dengan pelan FWD Future First.

Sebelum ni ada satu client yang asyik bertangguh untuk daftar takaful tapi tiba-tiba satu hari dia bersungguh-sungguh nak register selepas lama menyepi. Rupanya baru dapat penyakit. Bila tengok kelayakan loan pula nampak gaya sampai bila pun tak boleh beli rumah. Kalau dah kena penyakit, boleh dianggap peluang ini hampir tertutup.

Harap anda faham apa yg saya sampaikan.  Janji saya boleh tolong orang ataupun waris setidak-tidaknya memilik 1 rumah. Rumah adalah keperluan asas. Selalunya hanya balu dan anak yatim sahaja yg faham pentingnya ada takaful. Nasib waris ditangan anda. Saya cuma pembuka jalan sahaja. Ada soalan tambahan boleh tanya saya.

www.wasap.my/60164449278/futuremltt
Nazree
IW PROPERTIES
FWD Takaful






Comments

Popular posts from this blog

Kalau saya tidak hilang upaya atau meninggal, rugilah saya ambil takaful hayat ni?

Boleh beli rumah dari RM69 sebulan?