Taubat tak nak jadi penumpang terakhir turun kapal terbang
Zara selalu menjadi penumpang terakhir yang turun dari pesawat. Bukan kerana dia mahu, tetapi sudah menjadi kebiasaan—terlalu kerap menaiki kapal terbang, Zara tahu betapa kalutnya orang lain apabila mahu keluar. Jadi, dia biarkan sahaja semua orang turun terlebih dahulu. Hari itu, tempat duduk Zara di kelas ekonomi, betul-betul di bahagian sayap pesawat. Seperti biasa, dia melengahkan masa, sengaja berpura-pura malas mahu bangun. Dia memastikan semua penumpang sudah tiada. Pramugari yang bertugas sudah mula berkemas, melangkah ke belakang sambil tersenyum kecil, memberi isyarat supaya Zara segera bergerak. Zara membalas dengan senyuman dan mengangguk perlahan. Ketika melangkah ke arah pintu keluar, hanya tinggal beberapa meter sahaja lagi, Zara tiba-tiba terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Langkahnya terhenti, dan dia menoleh ke belakang. Di sana, di antara deretan kerusi yang kelihatan gelap dan sunyi, Zara terlihat beberapa penumpang masih duduk di tempat masing-masing. Waja...